25 September 2009

pengumuman

Today is my birthday...

Selamat dah raya...

Kemajuan dizaman Millenium?



Terima Kasih BN... :>



Alhamdulillah...selesai sdh sambutan aidilfitri tahun nih... Br je sampai ptg td,mlm ni dah start nak keje...adeh,mcm lepak jer rasa..
So far ok jgk la raya thn nih. penuh dgn xtvt masyarakat,mcm tahun2 yg sudah jgk. Ada marhaban rumah ke rumah,ada mercun,hehe...ada semua la, tp yg lainnya,tahun nih bdk2 kampung ada buat BBQ... hepi gler... yg x hepinya,macam biasa setiap kali melalui jalan Meranto,Gua musang ke Jelawang,terpaksa la melalui jalan bukan main teruk rupanya,mcm lahanat...dari hari kehari,bulan kebulanntahun berganti tahun,tetap sama. Kontraktor bersilih ganti,tapi inilah realitinya,korang tgk la sendiri,malas nk komen banyak... Grrr,marah neh!

17 September 2009

Ready for raya



Lama dah rasa x updated blog...huhu...harini kira lepas sahur td rasa mcm x ngantuk,so pas solat subuh terus ngadap pc...,3 4 hari lepas sibuk repair keta,saje buat persiapan awal nak gerak balik jauh, tayar dah tukar,adjustable absober dah baru,timing belt dan mcm2 lagi aku dah tukar,jd confident la ckit nak balik raya tahun nih..Alhamdulillah tahun nih dapat jgk cuti utk berhari raya di kampung macam tahun2 yg lepas jgk..x dapat cuti pun aku tetap akan balik kampung jgk,hehe...giler wooo x balik,mau sebek jer muka nanti..
x ketinggalan jgk,stok mercun ngan bunga api,memang tiap tahun dari aku kecik sampai skrg x pernah berhari raya tanpa mercun,mcm dh jadi kebiasaan pulak. Bukan apa, bila tiba mlm raya nanti,meriah la sikit suasana rumah,xlah senyap jer. Lgpn mak abah aku jenis suka tgk anak dia bergembira ramai2 kat depan umah,tambah lagi anak sedara ngan anak sepupu memang x hengat punya la ramai,
Aku jangka akan bertolak balik pagi esok,habis keje jam 8.00 pg,terus chargas balik kampung. memang nk kena gerak awal pun sebab takut bertembung dengan pengguna jalanraya yg nak balik ke pantai timur...dah tentu2 jalan akn jd jem,terutama dari arah KL ke Gua Musang.. Rasa semangat lebih pulak raya tahun neh nk balik kampung,Harap semua akan selamat. InsyaAllah..

Mercun

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta bunga api kini dipercayai berasal dari China.

Mercun secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun cuti perayaan, seperti Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat, Deepavali, Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan oleh masyarakat Vietnam semasa pesta Tết terutamanya pada tengah malam Giao Thừa (Malam Tahun Baru). Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Sepanjang perayaan musim bunga pada tahun 2006, mercun dan bunga api sejumlah AS$ 124 juta telah dinyalakan di Tanah Besar China

Secara umumnya, semua mercun diklasifikasikan sebagai bahan letupan berkuasa rendah. Oleh itu, terdapat beberapa negara yang mengharamkan pembakaran mercun kerana beberapa sebab, antaranya pencemaran bunyi, risiko kecederaan serta risiko kebakaran.

Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.

Di Singapura, larangan separa terhadap pembakaran mercun dikuatkuasakan pada Mac 1970 selepas satu kebakaran yang mengorbankan enam orang dan mencederakan 68 yang lain.Ini seterusnya membawa kepada pengharaman penuh pada Ogos 1972, selepas satu letupan yang membunuh dua orang serta serangan terhadap dua anggota polis yang cuba menghalang satu kumpulan orang ramai daripada membakar mercun pada Februari 1972.Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, kerajaan membenarkan kembali mercun dibakar semasa musim perayaan. Pada tengah malam Tahun Baru Cina di Chinatown, mercun dibakar tetapi di bawah syarat-syarat kawalan yang dikenakan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Perayaan lain di mana mercun dibenarkan untuk dibakar ditentukan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Namun demikian, penjualan mercun secara komersial diharamkan sama sekali.

12 September 2009

Ngantukkk

Mata dah lebam,baru nak gerak kuar cari makan sahur...

11 September 2009

Bagaimana menghilangkan rasa marah

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar.. itulah senjata orang2 mukmin.
















Ramadhan ke 21





Dalam x sedar,arini dah masuk ramadhan yg ke21, mcm rasa kejap je masa berjalan.. InsyaAllah sabtu depan aku akan pulang ke kampung. X sabar pulak rasanya nak berbuka puasa hari last tu kat umah sendiri... dr awal puasa x sempat nak balik kampung utk berbuka.. Huhu. Alhamdulillah la ramadhan tahun nih jadi ramadhan yang terbaik.. banyak pengisian didalamnya. X macam ramadhan yg lepas2,byk yang terlepas.
Hrmm..Gambar pokok kat atas nih bukan apa,seingat aku,pokok ni ditanam semula pada puasa pertama yakni 1 Ramadhan,pada masa tu keadaannya xlah secantik nih,masa tu ianya baru jer dipindahkan dari rumah seorang sahabat (Man Ensem) di Pasir Puteh,Keadaannya pulak belum bertunas. Sekarang dah ramadhan ke 21, nampak semakin segar dan cantik. Ada 3 pokok kesemuanya,tapi dua jer yang betul2 nk menjadi. Spesis apa pokok ni pun aku x pasti lg.. Harap slepas swawal dan hari2 mendatang akan brtambah subur lagi hendaknya. Apa2 hal nnti aku akan uploadkan gambar terbaru dari masa ke semasa. Hehe..

05 September 2009

Parabola siam..


Tayar tu x termasuk dalam pakej k..


SAMART


Jenama SAMART. Channel banyak dari luar negara,
tapi sayang channel dari negara sendiri (malaysia) x
dapat detect,xtau pasal apa. Rancangan yang ada pun
kebanyakan dari india,nepal,rusia dan thailand. Banyak
lagi sebenarnya tp cuma malas jer nak pusing2 benda nih...
Kitorang beli di Sg.golok,Thailand dengan harga rm300,
kalau nak dihitung guna Astro dgn yang ini,
memang banyak untung pakai ni lagi,maksud aku
dari segi pembayaran bil setiap bulan. tapi masalahnya,
chanel melayu x pernah dapat. Hari2 terpaksa dengar
macam2 bahasa.. hehehe..

Warga emas & lesen motosikal




Pada 02 septembar lepas,aku berpeluang menjenguk proses
pembelajaran lesen menunggang motosikal (B2) bagi warga emas
di Kg Kuala Balah Jeli Kelantan. Macam2 ragam dapat dilihat
sepanjang program tu berjalan,kelakar ada kesian pun ada...
walaubagaimanapun aku respect pada pakcik2 ni yg masih lagi
bersemangat untuk memiliki lesen memandu di usia emas mereka...


Mendengar taklimat ringkas dari pegawai jpj..



Ramadhan hampir meninggalkan kita..

Alhamdulillah,masuk hari ni dah hari yang ke 15 semua umat islam berpuasa, bersyukur sgt sebab aku diberi kekuatan untuk melaluinya.. rasanya ramadhan kali ni adalah ramadhan terbaik pernah aku lalui,Alhamdulillah banyak jgk amalan2 dan perkara yang aku buat bg menambahkan lagi pahala aku neh..huhu... Rasanya mcm x sabar nak menunggu syawal,nak balik ke kampung bertemu sanak saudara terutama emak dan abah,.seminggu lepas emak aku ada kol bgtau jgn lupa bayar balik duit upah jahit dengan duit kain untuk baju raya aku,heee.. kompom baju raya aku dah nak siap time neh, hehe... aku lebih suka & selesa mak aku tempahkan baju aku drpd aku pi hantar sendiri,lagipun tempat yg dia anta tu memang tukang jahit rasmi aku dari aku kecik lagi..

Masjid tertua pertama telah dijejaki.


Seni ukir di bahagian bumbung dalam masjid,

300 tahun,Kerangka bangunan dan bahan binaan masih kukuh,

Hadapan Masjid Krue sae,Pattani.

pandangan sisi masjid,

Pandangan sisi masjid,

Jom pi Hatyai..


Brader Man,selaku ketua misi perjalanan.


Selepas hujan nampak mcm bandar kobe...


suasana malam,


Check my phone...


Dengan selamba masuk thailand x cukup sifat!


Shooting range,merasa jgk pakai Pistol Glock! Hehe...


Nampak je kecik,tp laju..


Test kamera...


Pagi yang indah.bergambar di tengah bandar Hatyai,

Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik tiada masalah yang berlaku,cuma dari segi bahasa pertuturan sahaja yg jadi hal pada kitorang, so far Hatyai ni ok jgk la tempat dia,keselamatan masih lagi terjamin,banyak jugak bas2 persiaran dan bas dari universiti tempatan negara kita UUM yang buat trip sampai kesana,so xda masalah la,cuma yang bezanya trip kami ni,kami melalui sempadan kelantan yang terpaksa melaui beberapa wilayah selatan thai (Waeng,Narathiwatt,Yala dll)yang memang sedang bergolak, kecut perut jgk tengok askar2 negara mereka buat sekatan jalan,tiap 2km msti ada satu pos kawalan,siap dengan kubu lagi,mau x kecut perut..Huhu...yang penting kena berani jer,.. tapi bagi mereka yg nak ke sana,lebih baik masuk melaui bukit kayu hitam,jarak pun x jauh dari sana.. bg sape2 yang kaki shopping,memang ni la tempatnye,banyak giler barang2 yang dijual kat sini,kena pandai pilih jer la,banyak gred bagi menentukan kualiti barang,tepuk dada tanya selera.