15 April 2010

Berita dr lembah klang

Agak lama aku x updated blog aku nih,rasa mcm ada byk yg nak diceritakan. dari hal kerja hingga hal2 berkaitan dengan peribadi. Bermula dgn kesibukan kerja yang x sudah2,aku dah mula lali dgn cara kerja dan kesibukan kerja di tempat baru. Dalam masa yang sama,baru2 ni sempat juga aku luangkan masa balk ke tempat kerja lama di kelantan,berjumpa dengan sahabat handai serta orang yang tersayang.. hehee..
Persiapan untuk majlis kahwin sedikit sebanyak dah setel,tinggal lagi persiapan2 akhir.. masa berlalu sangat pantas,terpaksa mengejar masa dan bersedia dari semua segi,berulang alik ke kota bharu bukan lg masalah besar,masalahnya adalah kos.. Abg man di kuala balah dah bermula dgn hobi barunya,mountain bike.. impian akhirnya dah menjadi kenyataan,tahniah bro..semoga dgn adanya basikal tu,bro dapat capai apa yg diimpikan.. aku kat sini masih lagi dengan hobi berkamera,mengisi masa dengan laptop dan nikon buruk kesana kemari.. :)

19 March 2010

Hari yg tenang

Pagi ni aku bgn awal,masuk keje jam 5 pg,so dalam pkl 4.30 dah standby siap2 nk keje, perjalanan ke tempat keje x berapa jauh,hnya amek masa dalam 10 minit, lepas punch card,roda mula bergolek menuju KLIA,tempat dimana aku dan anak2 buah akan beroperasi, suasana sangat menyenangkan,lalulintas x berapa sibuk,mkn masa 45 minit jer dah sampai. Sarapan pagi di kedai mamak,pekena roti kosong banjir dgn segelas teh panas,mmg menyeronokkan... sesudah makan,begerak ke lokasi,solat subuh bergilr2 then start operasi.. Mcm tu lah rutin harian klu keje shift pagi, dalam melayan facebook, terjumpa member lama masa keje kat sibu island dulu, sembang pya sembang,dia pun duk kerja di KLIA jgk rupanya, operation manager kat duty free.. Memang langkah kanan la,deal jumpa dia di kafe,borak panjang hal keje...

17 March 2010

Kolam Air Panas

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

JELI 8 Feb. – Kolam Air Panas Jeli di Batu Melintang di sini, disenaraikan oleh pihak berkuasa tempatan melalui laman web rasminya sebagai salah satu tempat menarik di jajahan tersebut.
Ia mungkin begitu pada masa dulu, tetapi kini sebenarnya ia tempat yang ‘menyakitkan’ mata dan hati sesiapa yang menghargai keindahan dan keunikan alam.
Apatah lagi, peruntukan yang agak besar tentunya disalurkan bagi menyediakan pelbagai kemudahan mula dirasakan satu pembaziran jika usaha itu sekadar menambahkan bilangan projek pembangunan pelancongan.
Sebilangan pengunjung yang dangkal pemikiran juga dilihat tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan kemudahan itu.
Inilah contoh gambaran biasa kawasan yang cuba dimajukan sebagai pusat rekreasi di kawasan-kawasan agak terpencil di negeri ini apabila ia tidak lagi diberi perhatian selepas segala kemudahan disediakan.
Sebelum ini, dua buah kolam dibina oleh pihak berkuasa untuk menakung air dari mata air panas dalam sungai jernih yang mengalir.
Ramai yang percaya air panas ini dengan purata suhu 50 darjah celsius mempunyai khasiat belerang yang dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kulit.
Bagi menarik lebih banyak tumpuan di lokasi yang cukup sesuai untuk bersantai bersama keluarga dan kerajaan juga sebelum ini menyediakan kemudahan seperti tandas awam, wakaf rehat dan tempat mandi.
Kolam air panas itu sepatutnya menjadi persinggahan istirehat terutama bagi mereka yang dalam perjalanan Timur-Barat kerana lokasinya yang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan Perak.
Ia terletak hampir 20 kilometer dari bandar Jeli, mudah dilihat oleh pengunjung melalui satu pintu gerbang yang dibuat di pintu masuk ke pusat rekreasi berkenaan.
Bagaimanapun, dengan keadaan jalan masuk ke kolam berkenaan yang sempit dan curam sehingga 70 darjah membuatkan pengunjung berfikir dua kali sama ada mahu meneruskan niat mereka.
Perkhidmatan bas awam juga tidak beroperasi ke kolam air panas itu walaupun teksi mudah diperolehi di Bandar Jeli dengan harga tambang RM8 sehala untuk ke situ.
Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati kawasan itu sememangnya amat terbiar dengan segala kemudahan dalam keadaan amat daif.
Kemudahan awam yang disediakan semuanya rosak. Beberapa wakaf di pusat rekreasi roboh dan dilindungi rumput dan semak samun.
Begitu juga nasib papan kenyataan konkrit yang dibina dan memberi info mengenai kolam manakala sebuah surau hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.
Di dalamnya, dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol minuman, puntung rokok dan beberapa peralatan yang selalunya digunakan oleh penagih dadah ketika menjalankan ‘aktiviti’ mereka.
Sebuah tandas yang disediakan juga rosak teruk dan bau busuk di sekitarnya.
Menurut Awang Mat Ali, 58, kolam berkenaan suatu ketika dulu mempunyai ramai pengunjung terutama sekali masyarakat tempatan yang mahu bersantai dengan keluarga setiap hujung minggu.
Bagaimanapun katanya, sejak beberapa tahun lepas, ia tidak lagi dikunjungi kerana kawasannya menjadi semakin seram kerana tidak dijaga.
“Kali terakhir saya ke kolam itu adalah lebih setahun lalu. Memang macam itulah keadaannya sebab itu tidak ada orang datang.
“Air di kolam itu masih panas tetapi lumutnya tebal sampai lebih dua inci. Macam mana nak mandi dalam kolam kalau dah kotor sampai begitu,” katanya ketika ditemui.
Menurut Awang yang berasal dari Kuala Balah, dia tahu mengenai keadaan kolam itu yang terbiar kerana selalu datang ke rumah menantunya yang terletak berhampiran dengan kolam berkenaan.
Anaknya, Nor Atikah Awang yang membuka sebuah kedai makan berhampiran dengan jalan masuk ke kolam berkenaan berkata, jumlah pengunjung yang datang sangat sedikit dan turut menjejaskan perniagaannya.
“Kalau ada pengunjung pun mereka cuma singgah sekejap sahaja, lepas tu balik. Semua sebab keadaan kolam itu yang terbiar dan daif.
“Kalau dulu, perniagaan saya banyak bergantung kepada pengunjung yang datang ke kolam itu, sekarang tidak lagi malah saya kini hanya mengharap kehadiran penduduk kampung untuk makan atau minum di sini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk berhampiran, Azmah Yahya, 43 berkata, kolam berkenaan kini dipercayai menjadi pusat untuk golongan remaja melakukan aktiviti tidak sihat seperti penagihan dadah dan maksiat.
“Selalu ada remaja menggunakan motor pergi ke kolam itu terutama sekali pada waktu petang. Saya percaya mereka melakukan aktiviti tidak sihat malah kadang-kadang ada yang datang secara berpasangan.
“Kami harap PBT dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih teruk lagi,” tambahnya.

Bila Ajal Sampai

Anggota JPJ Selangor maut terjatuh dari bangunan
08/03/2010 7:19pm

Oleh JUNAIDI LADJANA

KOTA KINABALU 8 Mac – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang sedang bercuti di negeri ini maut selepas terjatuh dari tingkat dua, blok satu, Bangunan Api-Api Centre di sini hari ini.

Mangsa Mohd. Rizal Abdul Samad, 30 yang bertugas di JPJ Shah Alam, dikatakan terjatuh selepas terpijak bumbung plastik ketika sedang menjemur tuala di tingkat dua bangunan berkenaan.

``Mangsa berasal dari Felda Jengka 20, Pahang. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,'' kata Ketua Balai Polis Karamunsing, Sub Inspektor Awang Kechee Awang Gemok di sini hari ini. – Utusan

16 March 2010

Jeli,Kelantan with memory


+ Budak comot,ingus meleleh++ Hehe+++



++ Itik tuan rumah,siap possing mandi pool++


++ Otai balik dr kebun,sekali imbas mcm tengah bawak long lens dalam beg,++



Kepada al Farouk & Bro Man,ingat lagi x kat mana gmbr ni kita shoot? Hehe... Jalan Ayer Lanas - Jeli, Masa tu operasi raya cina,penyamaran dalam ujan lebat,stay bawah pondok buruk sambil layan budak kecik... Best gler,keje xda tekanan...

++tembakan rambang lensa++









rasa dah lama x shoot gambar n galas nikon 2nd hand aku neh,masa dulu2 blh la nak snap gmbr alam semulajadi,tapi skrg nih nmpk gayanya kena belajar snap gmbr hutan batu plk... Huhu..

++ Bila aku dah bosan++





Sempat jgk shoot gmbar gagak di KLIA,nasibnya lbih kurang sama dgn kami,berpanas hujan di atas jalanraya,Banyak waktu duduk di tempat sunyi memberikan aku ruang berfikir tentang alam dan kejadian kita muka bumi ini.. Kesian kau gagak.. Kekeke...

10 March 2010

Stressssssssssssssssssssssssssssssssssss

Harini,genap 2 minggu aku meningalkan sahabat2 di tempat kerja lama,rasa rindu jgk nak spent masa dengan kawan2 lama,menjalani kehidupan disini sgt jauh berbeza,xda lg gelak tawa,tegur menegur,sapa menyapa... Masing2 sibuk dgn urusan masing2,aku akui suasana kerja memberi tekanan yg sgt hebat,seharian dihabiskan dengan makan,tido,kerja,kerja dan kerja...Jadual kerja shift untuk sekatan jalan raya sangat2 mengganggu jadual keidupan aku,bermula dari shift 1,(4pg-1tghri),shift2 (11pg-7ptg),dan shift akhir jam (4ptg-1pg) betul buat aku jadi x betul,dengan waktu siangya yg panas tahap rentung,pehhh....masak kulit aku mcm kena bakar...jadual tido,berjalan,beriadah,semuanya dah lari. lama2 mcm ni blh mental otak aku..

02 March 2010

sendiri di bumi asing

Harini hari kedua aku di tempat kerja baru bersama 22 anggota yang lain.. Belum ada keserasian,dalam 2 hari ni rasa bosan yang amat sangat,just duduk dalam dewan dari pagi sampai petang... Banyak hal lg nak kena setel,Adeiiiii...busannye..

25 February 2010

Majlis doa selamat+kesyukuran+maulud


Imam Din & Ustaz Naim,Thanks alot...







Berselawat beramai-ramai..


Menjamu selera..

* 24 Febuari 2010.
* Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Balah,Jeli Kelantan.
* Sempena perpindahan kerana kenaikan pangkat & sambutan Maulud Nabi.

alhamdulillah,semuanya berjalan lancar,terima kasih pada semua yang hadir.. terutama kepada jemaah qariah masjid Mukim Kuala Balah yang sudi hadir pada majlis nih. Terharu juga atas kehadiran rakan2,penduduk kampung dan staf2 dari jabatan2 lain. Terima kasih semua.. ///