23 October 2009

++ erti keindahan ++


++air terjun gunung stong..++


++Sungai Kuala Balah,Jeli kelantan...++


++ Harap ianya terpelihara sampai bila-bila..++





Syok giler duduk Jeli,walaupun pendalaman,banyak khazanah alam dapat diterokai.. Sesiapa yang inginkan ketenangan,meh datang sini, kompom sempoi...

seni itu indah..






















sungei Palas,Cameron Highland








Seni itu indah,kadang2 seni jugak boleh menenangkan jiwa..jiwa tu kan halus... lagi halus,lagi berseni..

Air terjun Lata Kertas,Kelantan.

lama x belek external hardisk,tetiba tertengok pic nih... Salah satu tempat menarik yang pernah aku pegi.. tempat yang menenangkan jiwa.. betul2 hilang stress..

22 October 2009

Misteri

Lagi keagungan Allah, sejadah berdiri lagi

21 Oct 2009 11:10AM WARGA SK Tok Sangkut di Pasir Mas gempar apabila 35 helai sejadah di dalam surau didakwa berdiri secara misteri dengan sebahagiannya menyerupai individu sedang menunaikan solat.

Kejadian itu disedari seorang murid yang kemudiannya memaklumkan kepada gurunya Adnan Abdullah, 37, ketika sesi pembelajaran dijalankan berhampiran surau berkenaan.

"Kejadian berlaku pukul 10.40 pagi, ketika saya menjalankan sesi pembelajaran di luar kelas disebabkan kelas sedang diubahsuai, seorang murid yang terpandang ke arah surau memberitahu sejadah kelihatan berdiri," katanya kepada pemberita di Pasir Mas hari ini.

Adnan berkata beliau kemudiannya membuka pintu surau dan amat terkejut melihat sebanyak 35 helai sejadah dalam keadaan berdiri iaitu 16 helai di bahagian lelaki dan 19 lagi di bahagian perempuan.

"Lebih aneh lagi apabila satu helai lagi berada di bahagian hadapan sekali iaitu di tempat imam dalam keadaan yang sama menunjukkan seolah-seolah sedang melakukan solat secara berjemaah," katanya yang telah mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu.

Menurut Adnan, beliau percaya kejadian itu membuktikan keagungan Allah yang mahu umatnya bermuhasabah diri.

"Bagaimanapun ia terpulang kepada tafsiran individu, bagi saya tak mungkin perkara ini dilakukan oleh manusia kerana tempoh semua sejadah dalam keadaan demikian lama," katanya.

Beliau berkata pada bulan Ramadhan yang lepas perkara yang sama turut berlaku di rumah penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya turut berdiri sendiri.

Manakala bagi pembantu penguasa pejabat agama Pasir Mas, Kamarudin Zakaria yang ditemui di situ berkata beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk menggemparkan penduduk setempat.

"Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya, tetapi bagi saya perkara-perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang," katanya.

Kamarudin berkata pihaknya akan memaklumkan perkara berkenaan kepada jabatan agama dan jika sejadah masih dalam keadaan demikian sehingga esok, pihaknya akan mengambil tindakan yang perlu.

Sementara itu, kawasan sekolah berkenaan sesak dengan orang ramai yang ingin melihat kejadian itu dari dekat. / Bernama

Ia terpulang kepada tafsiran setiap individu untuk menganggap ia perkara ajaib atau sebagainya... Wallahualam.

13 October 2009

sibukkan diri & menyibuk














Minggu ni dan minggu yg akn datang nih,memang akn jd miggu yg sibuk, banyak program yag terpaksa dilayankan... Hua3..

08 October 2009

Allah Maha Besar,,

















Jam 10malam 4 hb,aku dapat kol dr abah bgtau yg adik aku kemalangan, Alhamdulillah adik aku ngan kawannya x mengalami kecederaan yang teruk,tapi sedikit terkilan mangsa yang berlanggar dengan kereta adik aku tu maut ketika berada di hospital. Jam 3 pagi leas aku cuba tido x boleh2,aku amek kptsn balik kampung,nasib baik ada member nak teman,ada jgk member nak berborak..Aku sampai di kampung jam 12 tengahari,tupun sebab benti tido sejam lebih depan JPJ benta,xleh nak bukak mata punya pasal.
Adik aku menaiki wira bertembung dengan sebuah kereta produa kancil yang dinaiki 3 orang sekeluarga. pemandu merupakan pesara bomba dan yang meninggal adalah isterinya,sedih memang sedih tambah lagi keluarga dorang xleh nak terima kejadian nih..siap nak mengamuk cari adik aku kat hospital. Nasib baik member2 towing cover adik aku masa tu..
syukurla semua dah selamat,sekarang ni (7hb) aku dah ada di Kelantan,sampai jam 4 petang.. Macam2 hal jer..Hmmm..

04 October 2009

Cendol Famous Seremban












Man (baju oren) mendahului barisan hadapan dlm misi menjejak "cendol power N9"


"Jom pekena cendol ngan rojak",kata man selaku ketua biro makanan kepada kami, aku pun kata kat dia setakat cendol biasa,aku xnak,hehehe...
tambah man lagi restoran cendol tmpat dia nk bawak nih dia sendiri x penah pegi,dia baca dlm laman blog jer,kira ok lah klu nak try,restoran ni just jual cendol ngan rojak jer,rokok xda,TV pun xda,nmpk mcm pelik jer kan kedai mamak xda benda tu semua,..
Bila YB kata boleh,man pun bawak kitorang turun bandar seremban dengan dibantu oleh sorang lagi sahabat baik beliau iaitu brader bob,memang btl la kata dia restoran ni terletak di tengah bandar seremban,dengan kaler hijau terang x hengat,memang nampak la dari jauh bangunan nih,dan memang betul jgk la kedai ni memang salah satu kedai cendol famous kat N9 nih, dgr kata pernah masuk TV,yer la kot..
Kami pun try bantai makan cendol campur dengan rojak mee,pergh,memang membuka selera,kena pulak memang tgh haus giler,syok abes.. Harga pun xlah mahal mana, Cendol campur rm1.80,rojak rm3.00. Ok la tu ye x? huhu.. Klu sesapa singgah di bandar seremban,jgn lupa try cendol ni ok,memang sedap. Oh ya,Semua perbelanjaan makan di kedai cendol ni di sponsor oleh brader bob kita,itupun setelah diugut oleh Man ensem.. TQ Bro,

"Aku masih disini"

Bagan Pinang N31





















Pada 2 hb lepas,aku berpeluang utk mengikuti proses penamaan calon di Bagan Pinang,Port Dikson N9, sebelum ni memang x pernah lg merasai bagaimana keadaan dan situasi sebenar semasa proses penamaan dijalankan, kebetulan pulak sorang sahabat aku (Man Ensem) kol ajak pergi,pada mulanya nk pegi bedua jer,tp ngam sehari sebelum tu YB Arifbillah dari Dun Dabong kol dia bgtau nk pergi sekali,bagai mengantuk disorong bantal la jawabnya,aku pun trs set tanda setuju...
Kami pergi berenam menaiki sebuah pajero milik YB,bertolak jam 10 pg dan sampai di PD lbh kurang jam 8 mlm...huhu jauh gler,klu ikut map malaysia x jauh sbnrnya,tp sebab kitorang gatal nk lalu jalan ikut map sendiri,so terima jer la ubatnya kami sampai lewat dari waktu sepatutnya..hehee..lgpun kata YB,dia lbh suka tgk tmpt orang dan lalu di tempat yg jarang orang lalu.. nasib baik dia x ajak ikut jalan sungai,klu tdk,masak wo...
Smpi di PD,kami trs chek in di Bayu Beach resort yg telah disediakan oleh penghulu mukim jelawat (Bachok),bilik agak cantik tapi ekon sedikit hampeh. Mlm tu xde xtvt sgt,mgkin msing2 letih kot. Aku ngan man,(dengan x mandinya) just kuar tapau nasi utk YB dan anak buah yg lain.
Hari kedua cuaca agak mendung dan hujan renyai mula turun,tgk kat luar orang ramai dah start berpusu ke tmpt penamaan yg dijangka dilakukan di Majlis Pembndrn PD,jln sesak dengan penyokong pelbagai parti. Selepas bersarapan dihadapan hotel,kami trs bergerak ke tmpt berkumpul bg parti yg disertai YB,memang kaw2 punya ramai orang,mcm2 ragam dpat dilihat,budak dgn budaknya,bapak budak dengan perangai bapak budaknya,mak budak pun ada..kagum dgn semangat perjuangan mereka,.
kami bersurai jam 1 lbh dalam keadaan ujan lebat menuju ke seremban. Walau apepun ini adalah satu pglmn yg baik bg aku,pada aku pengalaman tdk boleh dibeli dimana mana selain kita sendiri bersedia menempuhinya.

01 October 2009

Mai pekena pulut siam




3 hari lepas (selasa),aku dgn sorang kwn masuk ke Sg. Golok sebab nak ambil baju tempahan,mmg tiap2 tahun kami akan hantar baju kitorang jahit disana,jahitannya kemas & berkualiti. sempat jgk aku singgah makan di salah satu kedai makan di Sungai Golok yg x kurang jgk menariknya, dgan ayam bakar,daging bakar,Somtam,pelbagai jenis kerabu,memang membuka selera, walaupun aku berasal dr selatan. Bab2 mkn nih,memang xda pantang.Hehe... yang menariknya kat kedai nih,semua makanan atau lauk kat sini dimakan dengan pulut kukus,tambah2 lagi cara hidangan pulut ni best sangat,siap bubuh dalam anyaman rotan tuh... Pada korang yg berpeluang sampai kesini,jgn lepaskan peluang rasai kelainannya ok. Chaloo....

Aidilfitri yang sempurna...