17 March 2010

Bila Ajal Sampai

Anggota JPJ Selangor maut terjatuh dari bangunan
08/03/2010 7:19pm

Oleh JUNAIDI LADJANA

KOTA KINABALU 8 Mac – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang sedang bercuti di negeri ini maut selepas terjatuh dari tingkat dua, blok satu, Bangunan Api-Api Centre di sini hari ini.

Mangsa Mohd. Rizal Abdul Samad, 30 yang bertugas di JPJ Shah Alam, dikatakan terjatuh selepas terpijak bumbung plastik ketika sedang menjemur tuala di tingkat dua bangunan berkenaan.

``Mangsa berasal dari Felda Jengka 20, Pahang. Mayatnya telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,'' kata Ketua Balai Polis Karamunsing, Sub Inspektor Awang Kechee Awang Gemok di sini hari ini. – Utusan

0 comments: